Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Stadium Johor (PSJ) 2024

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Stadium Johor (PSJ) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Stadium Johor (PSJ) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak

Tarikh tutup permohonan 16 Mei 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : PSJ Johor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Perbadanan Stadium Johor (PSJ) Mei 2024

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengganya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang PSJ-01 yang boleh didapati secara percuma di Pejabat Perbadanan Stadium Johor pada waktu pejabat atau boleh muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat :

PENGURUS BESAR
PERBADANAN STADIUM JOHOR 
ARAS 1, STADIUM OLAHRAGA
JALAN JUARA 2, KOMPLEKS SUKAN JOHOR
81100 JOHOR BAHRU, JOHOR
NO TEL: 07-5502327

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Mei 2024 (Khamis).

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong