Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MUIP April 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang) yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang sepertimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Tarikh Tutup
1. Juruaudit W41 Kontrak 21 April 2023
2. Pembantu Tadbir (P/O) N19 Tetap/ Kontrak 21 April 2023
3. Pembantu Penyediaan Makanan N19 Kontrak 21 April 2023
4. Pembantu Hal Ehwal Islam S19 Tetap 21 April 2023
5. Pemandu Kenderaan H11 Kontrak 21 April 2023
6. Pegawai Teknologi Maklumat F41 Kontrak 28 April 2023
7. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 Kontrak 28 April 2023
8. Juruteknik Komputer FT19 Kontrak 28 April 2023

Tarikh tutup permohonan 21 & 28 April 2023.

Lokasi penempatan : MUIP Pahang.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MUIP April 2023

Cara Memohon

1. Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong MUIP yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Semua permohonan hendaklah menyertakan SALINAN SIJIL YANG DISAHKAN mengikut kelayakan yang disyaratkan. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

3. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

4. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.

5. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,
MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG, 
KOMPLEKS ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH (KISHAS), 
26600 PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 & 28 April 2023.

Catatan Am

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cik Norainie Binti Ab. Rahman / Encik Mohd Redzuan Bin Abdullah (Unit Pembangunan Sumber Manusia) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di talian 09-4221311 ext : 1073 / 1025.

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong