Dapatkan info jawatan kosong di telegram sekarang! Klik Disini

Jawatan Kosong MARDI 2023

Jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pusat Penyelidikan Hortikultur, Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Awam Gred H11

Tarikh tutup permohonan 31 Mac 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MARDI Serdang, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MARDI Mac 2023

Cara Memohon

i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 (sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah) dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Semua permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:

Pengarah
Pusat Penyelidikan Hortikultur
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
(u/p: Puan Siti Aminah Binti Jamaludin)

ii) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Manakala, calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

iii) Hanya calon yang layak selepas sesi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada atau selewat-lewatnya pada 31 Mac 2023 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-8953 6272

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan MARDI disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong