Follow Jawatan Kosong on TikTok Follow Now

Jawatan Kosong Kraftangan Malaysia 2023

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Kraftangan Malaysia 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Kraftangan Malaysia sepertimana berikut.

1. Pembantu Pegawai Latihan E19

Tarikh tutup permohonan 22 Mei 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : Kraftangan Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong  Kraftangan Malaysia Mei 2023

Jawatan : Pembantu Pegawai Latihan E19
Jadual gaji min. - maks. : RM1,353.00 - RM4,005.00
Kadar kenaikan gaji tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut.
[ Gaji permulaan ialah pada Gred E19 : RM1,353.00 ]; atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
[ Gaji permulaan ialah pada Gred E19 : RM1,353.00 ]; atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia dalam perakaunan peringkat tertinggi.
[ Gaji permulaan ialah pada Gred E19 : RM1,409.40 ]; atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji permulaan ialah pada Gred E19 : RM1,409.40 ]; atau
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
[ Gaji permulaan ialah pada Gred E19 : RM1,465.80 ]

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Perhatian Kepada Pemohon

1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

2. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

3. Taraf jawatan : Lantikan jawatan yang diklankan adalah secara TETAP

4. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun HENDAKLAH MEMOHON MELALUI KETUA JABATAN DENGAN MENYERTAKAN RINGKASAN KENYATAAN PERKHIDMATAN DAN SURAT PERAKUAN KETUA JABATAN.

5.Permohonan dengan dokumen yang TIDAK LENGKAP dan/atau TIDAK MELALUI Ketua Jabatan/Perkhidmatan serta tidak memenuhi sarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses.

Pegawai Untuk Dihubungi

Puan Siti Mariam binti Sidek
Penolong Pengarah
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan
Tel: 03-21627459 Ext: 258

Encik Mohd Azlan bin Omar Baki
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan
Tel: 03-21627459 Ext: 171

Cara Memohon

Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui google form (sila kepautan yang diberikan di bawah)

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 22 Mei 2023 (Isnin).

Permohonan jawatan secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong