Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2023

Jawatan kosong terkini di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan SEGERA jawatan Personel MySTEP di Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia sepertimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Institut Aminuddin Baki, Negeri Sembilan.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Mac 2023

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) – PP(P/O) (N19)
Gaji Ditawarkan : Rm 1,700.00/ Sebulan
Tempoh : Mei 2023 – Disember 2023
Kekosongan : 1 Calon
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP Dan Caruman Perkeso

Syarat Kelayakan

1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
2. Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Kriteria Tambahan

1. Mempunyai kemahiran komputer MS Word, MS Excel dan MS Power Point.
2. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
3. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum;
4. Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri; dan
5. Bertanggungjawab dan berdisplin.

Deskripsi Tugas

i) Personel MySTEP bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi pada peringkat kumpulan pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat serta pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

ii) Personel MySTEP juga bertanggungjawab dalam penyediaan bahan-bahan yang berkaitan dengan urusan surat/memo, minit curai/mesyuarat, minit bebas, brosur dan lain-lain.

Tatacara Permohonan

1. Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan dengan mengemukakan dokumen yang berikut sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Mac 2023 (Jumaat);

i. Resume berserta gambar berwarna berukuran pasport (sila nyatakan jawatan yang dimohon); dan
ii. Salinan sijil SPM yang diiktiraf oleh kerajaan.

kepada alamat di bawah;

Pejabat Pendaftar
Institut Aminuddin Baki
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 BANDAR ENSTEK
Negeri Sembilan
(u.p: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Tel: 06-7979324/ 9313/ 9314

*Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis dengan frasa *Personel MySTEP- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N19)* di sebelah kiri sampul.

atau

2. Permohonan anda juga boleh dihantar menerusi e-mel kepada :
hasnidah_s@iab.edu.my dan nurdila@iab.moe.gov.my
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong