Dapatkan info jawatan kosong di telegram sekarang! Klik Disini

Jawatan Kosong Institut Integriti Malaysia (IIM) 2023

Jawatan kosong terkini di Institut Integriti Malaysia (IIM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Pusat Pengurusan Pengetahuan (KMC)
2. Ketua/ Pegawai Psikometrik
3. Pegawai Teknologi Maklumat

Tarikh tutup permohonan pada 15 Mac 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : IIM Kuala Lumpur.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Institut Integriti Malaysia (IIM) 2023

1. Pegawai Pusat Pengurusan Pengetahuan (KMC)

Senarai Tugas Jawatan

1. Melaksanakan penerbitan dan mengarkibkan bahan pengetahuan mengikut garis panduan penulisan yang ditetapkan.
2. Menilai dan mengemas kini bahan yang dibuat oleh pihak berkepentingan seperti yang diminta.
3. Membangunkan program komunikasi dan kesedaran untuk mempromosikan pangkalan pengetahuan.
4. Menguruskan sebarang aktiviti program pengetahuan yang berkaitan termasuk sistem pengurusan pembelajaran, sistem pengurusan kandungan dan perisian pengurusan pengetahuan
5. Bertanggungjawab untuk membangunkan, menyokong dan memudahkan pengetahuan dan maklumat pengurusan berkaitan pelaksanaan projek
6. Mengenal pasti, membangun dan melaksanakan modul untuk aktiviti pembangunan kapasiti, termasuk latihan kursus, seminar dan bengkel melalui proses perundingan yang komprehensif dengan pihak berkepentingan yang sesuai untuk memastikan bahawa modul yang dikenal pasti/ disesuaikan dan/atau dibangunkan adalah berdasarkan dasar dan keperluan semasa IIM
7. Menjalankan sebarang tugasan lain yang diarahkan oleh pegawai penyelia

Keperluan Pendidikan dan Kelayakan Akademik

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perpustakaan dan Pengurusan Maklumat, Pengurusan Pusat Sumber Maklumat, Sains Komputer dan yang setaraf dengannya.

Kemahiran – kemahiran yang diperlukan

1. Pengurusan projek dan program.
2. Perundingan dan mengutamakan pelanggan.
3. Komunikasi dan pengaruh.
4. Pengurusan kandungan, teknologi dan kelancaran data
5. MS Excel
6. Virtua
7. Cataloging and Classification
8. Information Research and Reference
9. Resource Description Access (RDA)
10. Proaktif dan inovatif;
11. Profesional; dan
12. Semangat berpasukan yang baik dengan ahli kumpulan.

Pengalaman kerja yang diperlukan

Sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang kerja yang berkaitan dengan Knowledge Management Centre (KMC)

Gaji : RM 2,442.00 - RM 9,631.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)
Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan

2. Ketua/ Pegawai Psikometrik

Senarai Tugas Jawatan

1. Mengurus dan melaksana projek-projek penilaian integriti melalui instrumen
2. Menyedia khidmat perundingan mengenai penilaian psikometrik bagi instrumen pemilihan calon dalam pengambilan, kenaikan pangkat atau latihan dan sebagainya.
3. Memberi khidmat nasihat mengenai dapatan keputusan penilaian psikometrik.
4. Menambah baik dan membangun item-item instrumen baharu dalam penilaian psikometrik.
5. Menganalisis data instrumen penilaian berbentuk kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan teknik/teori berkaitan.
6. Menyedia dan membentang laporan mengenai cadangan yang bersesuaian berdasarkan keputusan instrumen penilaian.

Keperluan Pendidikan dan Kelayakan Akademik

Sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi Industri dan Organisasi, Bimbingan dan Kaunseling, Sains Pemutusan, Statistik, Kaedah Penyelidikan, Pengukuran dan Penilaian atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Kemahiran – kemahiran yang diperlukan

1. Mahir dalam kaedah penyelidikan
2. MS Excel
3. Power BI
4. Canva
5. Kemahiran berkaitan dengan persembahan data dan pelaporan (write up) diperlukan
6. Less supervision;
7. Proaktif dan inovatif;
8. Profesional; dan
9. Semangat berpasukan yang baik dengan ahli kumpulan.

Pengalaman kerja yang diperlukan
  • Sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang psikometrik, pengukuran dan penilaian serta psikologi
  • Berpengalaman dalam industri pembangunan sumber manusia dan pendidikan
  • Berpengalaman dalam pembangunan dashboard, pembentangan dan penyelarasan program/projek
Gaji : RM 2,442.00 - RM 9,631.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)
Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan

3. Pegawai Teknologi Maklumat

Senarai Tugas Jawatan

1. Melaksanakan kajian kesesuaian sistem web aplikasi sedia ada dan seterusnya menganalisis, merekabentuk, membangun, melaksana serta menyelenggara laman web dan portal IIM.
2. Bertanggungjawab dalam rekabentuk sistem web aplikasi mengikut hasil analisis termasuk pembangunan web aplikasi baharu bagi keperluan semasa IIM.
3. Menyelaras dan memantau sebarang bentuk pemprograman, pengujian, latihan dan roll out yang melibatkan pembangunan web aplikasi di IIM.
4. Menyelaras sebarang bentuk penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan web aplikasi dan juga pembangunan sistem IIM.
5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini yang selamat dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan semasa IIM

Keperluan Pendidikan dan Kelayakan Akademik

1. Calon mesti memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer/ Teknologi Maklumat atau setaraf.

Kemahiran – kemahiran yang diperlukan

1. Pengalaman praktikal membangunkan laman web, portal dan aplikasi berasaskan web dengan ( C++, PHP (Laravel, Yii, Yii2) dan pengetahuan yang sangat baik tentang CMS (WordPress, DRUPAL).
2. Mahir dalam HTML/HTML5, CSS/CSS3, PHP, MYSQL, jquery, Codeigniter, PHPcake & bahasa lainberkaitan jika ada.
3. Tahap bermotivasi diri yang tinggi dan berdisiplin, dengan keupayaan untuk menyelesaikan tugas yang diberikan dengan pengawasan yang minimum secara profesional dan tepat pada masanya.

Pengalaman kerja yang diperlukan

Berpengalaman dengan sekurang-kurangnya 3 tahun dalam rangka kerja pengkalan data MySQL, SQL Server dan juga pangkalan data lain.

Gaji : RM 2,442.00 - RM 9,631.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)
Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi di laman Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs di alamat https://www.myfuturejobs.gov.my/ atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah untuk iklan jawatan dan permohonan. Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong