Dapatkan info jawatan kosong di telegram sekarang! Klik Disini

Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2023

Jawatan kosong terkini di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sepertimana berikut.

1. Pegawai Tadbir

Tarikh tutup permohonan 27 Mac 2023.
Lokasi penempatan : MQA Cyberjaya, Selangor.
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Mac 2023

Cara Memohon

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www.mqa.gov.my. (sila ke pautan yang diberikan di bawah untuk memohon)

2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.

3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.

5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

6. Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.

7. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8688 3679 atau 03-8688 3620/33712/3714. Pertanyaan berkaitan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03-8688 1912.

8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mac 2023 (Isnin), jam 4.30 petang.

Catatan Am

1. Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria tapisan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan MQA akan dipanggil untuk temu duga.

2. Sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon.

3. Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.

4. Pengambilan sebagai Pegawai Tadbir lantikan kontrak untuk perkhidmatan (Contract for Service) bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.

5. MQA merupakan agensi tunggal yang terletak di Cyberjaya, Selangor dan tidak mempunyai cawangan lain.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong