Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UNIMEL Januari 2023

Jawatan kosong terkini di Universiti Melaka (UNIMEL) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Melaka (UNIMEL) sepertimana berikut.

1. Pengawal Keselamatan KP11
2. Pemandu Kenderaan H11
3. Pekerja Penyelenggaraan Landskap dan Pembersihan Bangunan

Tarikh tutup permohonan 18 Januari 2023 (Rabu).
Lokas penempatan : UNIMEL Melaka.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UNIMEL Januari 2023

Syarat Wajib Lantikan
  • Terdiri daripada warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
1. Pengawal Keselamatan KP11
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan:

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
iii. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

2. Pemandu Kenderaan H11
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan:

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
ii. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
iii. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai lesen (PSV) bas; dan
iv. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan.

3. Pekerja Penyelenggaraan Landskap dan Pembersihan Bangunan
Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service)

Syarat Lantikan:

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
ii. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat bersurat dan disertakan bersama :

i. Borang rasmi yang boleh didapati dengan memuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
ii. Resume / butir-butir peribadi dan salinan kad pengenalan pemohon .
iii. Salinan kelayakan dan dokumen yang berkaitan.
iv. Slip gaji 3 bulan terkini (sekiranya ada).

b) Tarikh tutup permohonan jawatan adalah sebelum / pada 18 JANUARI 2023 (RABU).

Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat permohonan.

Permohonan hendaklah dihantar bersama salinan sijil yang diakui sah kepada:

PENDAFTAR
UNIVERSITI MELAKA
BATU 28, KUALA SUNGAI BARU
78200 MELAKA
(U/P: UNIT PERJAWATAN)

Perkara Am
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Pihak UNIMEL tidak akan menanggung sebarang kos yang dikeluarkan untuk menghadiri temuduga ini.
Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong