Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PKU UPM 2023

Jawatan kosong terkini di Pusat Kesihatan Universiti UPM 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang) lantikan KONTRAK sepertimana berikut.

1. Pegawai Eksekutif PE4

Tarikh tutup 25 Januari 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : PKU UPM, Serdang, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong PKU UPM Januari 2023

Jawatan : Pegawai Eksekutif PE4
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sokongan
Imbuhan bulanan : RM2,000.00 - RM2,900.00

Ringkasan Tugas : 

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan ke jawatan Pegawai Eksekutif (PE4) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Mempunyai kelayakan minimum Diploma.
(ii) Mempunyai pengalaman 1 hingga 3 tahun dalam menguruskan perjalanan pentadbiran.
(iii) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan memuaskan.

Syarat Umum Permohonan

1) Calon mestilah Warganegara Malaysia.
2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
4) Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Cara Memohon

i. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (Kod Dokumen : SOK/BUM/BR03/JAWATAN02) dan sertakan dokumen-dokumen seperti Senarai Semak Temuduga yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

ii. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN,
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG
U/P: PUAN NOOR BAIZURA MOHD SAFIFEE
TEL: 03-9769 7346 / 8870

Tempoh Iklan

Permohonan Jawatan akan mula dibuka pada 17 Januari 2023 (Selasa) dan akan ditutup pada 25 Januari 2023 (Rabu).

Perhatian

i. Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
ii. Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemuduga.
iii. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong