Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong KTMB Januari 2023

Jawatan kosong terkini di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Jabatan Tarikh Tutup
1. Tukang K3 - R07G12 Jabatan Pengurusan Aset dan Fasiliti 27 Januari 2023
2. Juruteknik J07G10 Jabatan Pengurusan Aset dan Fasiliti 27 Januari 2023

Tarikh tutup permohonan 27 Januari 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : KTMB Kuala Lumpur.
Sektor : Badan Berkanun/ Swasta.

Jawatan Kosong KTMB Januari 2023

1. Tukang K3 - R07G12

Spesifikasi Tugas
  • Memeriksa dan membuat pembaikan kerosakan kuarters termasuk Ibu Pejabat, Stesen dan Depoh seperti diarahkan.
  • Menunjuk ajar serta bekerjasama dengan pembantu (Penyenggara Am) untuk menjalankan tugas – tugas harian.
  • Memastikan semua peralatan tukang dan mesin dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan.
  • Menguruskan arahan – arahan semasa dari Juruteknik dan Pengurus Unit Fasiliti.
Syarat Kelayakan
  • Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1;
  • Bagi calon dalaman, telah disahkan dalam jawatan dangtelah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai Penyenggara Am (PA10G12)
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
2. Juruteknik J07G10

Spesifikasi Tugas
  • Menjalankan kajian , menyediakan lakaran, spesifikasi, skop kerja, dan bil kuantiti untuk kerja- kerja penyelenggaraan di premis KTMB.
  • Menyedia dan membuat anggaran bagi kerja-kerja kontrak serta proses memanggil tawaran kerja.
  • Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berdasarkan aduan dan jadual kerja.
  • Mengawasi kerja-kerja pembaikan kerosakan bangunan di premis KTMB mengikut kualiti kerja yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.
  • Mengawasi serta memastikan bahawa pekerja, barangan, serta peralatan untuk penyelenggaraan tugas harian adalah mencukupi dan sempurna mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  • Menyediakan senarai semak dan memantau jadual untuk kakitangan bawahan serta memastikan pekerja bekerja dalam persekitaran yang selamat
  • Menyediakan laporan kerja penyelenggaraan yang dijalankan.
  • Membuat lawatan kerja berjadual ke kawasan serta bangunan di bawah seliaan seperti yang telah diprogramkan pada awal tahun.
  • Menyelia lawatan tapak termasuk taklimat kepada kontraktor.
  • Menghadiri mesyuarat yang berkaitan kerja dengan jabatan-jabatan lain dalam KTMB dan juga pihak luar.
Syarat Kelayakan
  • Memiliki Sijil Kejuruteraan Awam dari Politeknik tempatan atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM Tahap 3) Kejuruteraan Awam; ATAU
  • Telah disahkan dalam jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya 7 tahun sebagai Tukang K2 (gred R06G12) bagi calon dalaman;
  • Berumur tidak lebih 28 tahun pada tarikh iklan ditutup;
  • Mempunyai pengalaman serta pengetahuan yang baik tentang kerja-kerja penyelenggaraan dan penggunaan alatan pertukangan;
  • Mahir menggunakan computer serta aplikasi yang berkaitan.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat melalui E-Recruitment KTMB sila ke pautan yang diberikan di bawah, tidak lewat dari 27 Januari 2023. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Unit Perancangan Kakitangan, Jabatan Modal Insan di talian 03-2263 1141/1273.

Hanya pemohonan yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.

Permohonan jawatan E-Recruitment KTMB secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI