Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (TD) 2023

Jawatan kosong / pengambilan terkini Tentera Darat Malaysia (TD) Tahun 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2022 adalah dipelawa memohon jawatan kosong terkini bagi pengambilan (Perajurit Muda TD Lelaki Siri 197 & Wanita Siri 48 Tahun 2023 ) sepertimana berikut.

1. Perajurit Muda Tentera Darat (Lelaki/ Wanita) Tahun 2023

Tarikh tutup permohonan 31 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (TD) 2023

SYARAT ASAS PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2022 (Pengambilan Siri 197 2023).

3. Penglihatan -
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Tidak rabun warna.
4. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
5. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.


SYARAT FIZIKAL

Tinggi:
  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
Berat:
  • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
  • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
Indeks Jisim Badan (BMI) :
  • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0
SYARAT AKADEMIK

1. Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
2. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah
KELAYAKAN TAMBAHAN

1. Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
2. Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
3. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR

1. Pemeriksaan Kesihatan.
2. Ujian Kecergasan:
  • Larian 2.4 KM - 14 minit
  • Tekan Tubi - 40 kali
  • Bangkit Tubi - 45 kali
3. Ujian Bertulis:
  • Ujian Kecerdasan (IQ)
  • Ujian Psikologi
  • Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)
SKIM GAJI KEMASUKAN KELAYAKAN AKADEMIK

1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]

2. SPVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. 
[Gaji Permulaan : RM1,564.00]

3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
[Gaji Permulaan : RM1,630.01]

4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
[Gaji Permulaan : RM1,696.02]

5. DIPLOMA PERUBATAN - Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]

6. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
[Gaji Permulaan : RM2,026.07]

ELAUN
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Bayaran Insentif Khas
  • Elaun Kepakaran
  • Elauan Imbuhan Perumahan
  • Elaun Perjalanan
KEMUDAHAN
  • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  • Rawatan Perubatan
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Kemudahan Kediaman
CARA MEMOHON

1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:

Pendaftaran Baru/Daftar Masuk - https://mims.mod.gov.my/sppmtd/

Jom Masuk Tentera - https://jmt.mod.gov.my/

PENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA.

2. Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.

3. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.

4. Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.

5. Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 DISEMBER 2022 (SABTU).
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong