Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong YAWAS Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) disember 2022. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan TETAP di Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebagai:

1. Kerani Pendaftaran KP12

Tarikh tutup permohonan 14 Disember 2022.
Lokasi penempatan : YAWAS Selangor.
Sektor : Berkanun/ Swasta

Jawatan Kosong YAWAS Disember 2022

KERANI PENDAFTARAN – KP12 (TETAP)
1 Kekosongan

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Calon perlu merupakan lepasan SPM atau mempunyai Sijil dalam bidang pengkeranian atau yang berkaitan;
  • Mahir menggunakan komputer terutamanya microsoft office;
  • Mahir berkomunikasi dalam Bahasa Melayu;
  • Boleh menguruskan masa dengan baik;
  • Boleh bekerja lebih masa;
  • Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum; dan
  • Boleh bekerja dalam kumpulan.
SKOP KERJA
  • Bertanggungjawab dalam kerja-kerja kunci masuk data ke dalam sistem;
  • Bertanggungjawab memastikan semua borang permohonan dikunci masuk dan direkod ke dalam sistem;
  • Bertanggungjawab melakukan kerja-kerja imbasan borang serta dokumen;
  • Bekerjasama rapat dengan kakitangan dan Jabatan lain dalam menguruskan dokumen serta program;
  • Melaksanakan pelbagai tugas perkeranian seperti menaip, menyusun, menyalin data memfailkan rekod/ laporan mengikut keperluan;
  • Menguruskan dan menyelesaikan kerja-kerja tambahan yang diarahkan oleh pihak atasan.
  • Bertanggungjawab menguruskan lain-lain tugasan.
GAJI DAN FAEDAH DITAWARKAN
  •  Gaji bulanan yang menarik
  • Jawatan Tetap
  • Faedah perubatan diklinik panel
  • Skim insuran perubatan dan insuran hayat disediakan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 14 DISEMBER 2022

Sila emel permohonan anda ke alamat emel: hr@yawas.my dengan melampirkan perkara-perkara berikut:
  • Sila nyatakan jenis jawatan yang dipohon pada PERKARA seperti: KERANI PENDAFTARAN
  •  Resume
  • Sijil-sijil berkaitan
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:

03-5481 8846 (Pn. Ana)

Maklumat Ringkas Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). YAWAS telah ditubuhkan pada 05 Februari 2009 dibawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Produk utama YAWAS adalah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang memberi perkhidmatan pendaftaran bagi anak kelahiran selangor untuk mendapatkan RM1500 pada usia mereka 18 tahun. Selain itu, YAWAS telah dipertanggungjawab menyediakan pangkalan data dan membangunkan sistem Jom Shopping Perayaan, Back To School, Skim Mesra Usia Emas, Ibu Tunggal dan I-Workfare. YAWAS juga turut menyediakan perkhidmatan pendaftaran bagi program Skim Mesra Usia Emas, Ibu Tunggal dan I-workfare.
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong