Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong USAS Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Sambilan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sepertimana berikut.

1. Pembantu Pengawas Peperiksaan (Sambilan)

Tarikh tutup permohonan 23 Disember 2022.
Lokasi penempatan : USAS Perak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong USAS Disember 2022

PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN (SAMBILAN)
SEMESTER I SESI 2022/2023 DI USAS
Tempoh : 16 Januari 2023 - 02 Februari 2023 (10 Hari)
(mengikut tempoh peperiksaan iaitu 16 Januari 2023 sehingga 02 Februari 2023)
Taraf Jawatan : Sambilan
Kekosongan Jawatan : 16 Orang
Kadar Elaun : RM4.00 sejam.

Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia
2. Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Sihat tubuh badan untuk melaksanakan tugas.
4. Kelayakan minimum sekurang-kurangnya mempunyai SPM atau yang setaraf dengannya.
5. Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.

Keutamaan

1. Keutamaan diberikan kepada anak-anak staf USAS. Ahli keluarga yang lain atau kenalan boleh juga dipertimbangkan. Staf yang terbabit dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.
2. Tinggal berdekatan dengan Kampus USAS.
3. Mempunyai kenderaan sendiri.

Permohonan berikut TIDAK akan dipertimbangkan:-

1. Pelajar USAS/ bekas pelajar USAS/ staf USAS tidak dibenarkan memohon.
2. Calon yang sedang mengandung
3. Tidak memenuhi kelayakan di atas.

Pihak USAS boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

Cara Memohon

1. Calon yang berminat sila muat turun borang permohonan pada pautan yang diberikan di bawah. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am USAS sebelum atau pada 23 Disember 2022 (Jumaat). 

2. Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 31 Disember 2022 adalah dianggap tidak berjaya.

3. Sila kembalikan permohonan kepada :

Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-7732 253

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian 05-7732253.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong