Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UKM Januari 2023

Jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2023. Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan sebagaimana berikut :

1. Pekerja Sambilan Harian (PSH) - Diploma

Tarikh tutup permohonan 06 Januari 2023.
Lokasi penempatan : Fakulti Undang-Undang UKM Bangi.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UKM Januari 2023

Syarat Permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Kelulusan SPM dan Diploma Sains Kesetiausahaan/ Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Kriteria Lain Yang Diperlukan
  • Mempunyai perwatakan yang menarik.
  • Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Fakulti.
  • Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
Cara Memohon

1. Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah menghantar resume dan sijil-sijil yang berkaitan ke emel : tdjfuu@ukm.edu.my

2. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat, tidak akan diterima.

3. Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dihubungi untuk sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan 06 Januari 2023 (Jumaat).
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong