Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SUHAKAM 2022

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sebagai :

1. Pembantu Tadbir Gred N19
2. Ketua Penolong Setiausaha Gred 48
3. Penolong Setiausaha Gred 41

Tarikh tutup permohonan 31 Disember 2022.
Lokasi penempatan : SUHAKAM Kuala Lumpur.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong SUHAKAM Disember 2022

1. Jawatan : PEMBANTU TADBIR GRED N19
Tanggagaji : RM1,352.00 dan elaun tambahan sebanyak RM765.00 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak (Projek European Union)
Lokasi Pejabat : Ibu Pejabat Kuala Lumpur

Kelayakan : 

i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
ii) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
iii) Mempunyai pengalaman dalam sistem pemfailan dokumen dan pengurusan rekod kewangan.
iv) Berupaya bekerja dalam satu pasukan di bawah pengawasan yang minimum; dan
v) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang hak asasi manusia.

Kekosongan Jawatan : 1 kekosongan

2. Jawatan : KETUA PENOLONG SETIAUSAHA GRED 48
Tanggagaji : RM5,406.00 dan elaun tambahan sebanyak RM1,550.00 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak (Projek European Union)
Lokasi Pejabat : Ibu Pejabat Kuala Lumpur

Kelayakan : 

i. Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Sosial, Undang-Undang, Hubungan Antarabangsa, atau bidang yang berkaitan dari Universiti atau Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;
ii. Mempunyai pengalaman bekerja berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun dan mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia di samping mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan kewangan;
iii. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
iv. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dari segi pengurusan projek, penulisan laporan, merancang dan menjalankan latihan dan aktiviti pembangunan kapasiti dan berminat dalam aspek romosi hak asasi manusia;
v. Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; dan
vi. Mampu bekerja dalam dan mengetuai pasukan dengan pemantauan yang minimum.

Kekosongan Jawatan : 1 kekosongan

3. Jawatan : PENOLONG SETIAUSAHA GRED 41
Tanggagaji : RM2,422.00 dan elaun tambahan sebanyak RM900.00 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak (Projek European Union)
Lokasi Pejabat : Ibu Pejabat Kuala Lumpur

Kelayakan : 

i. Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Antarabangsa, Sains Sosial atau mana-mana bidang setaraf yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;
ii. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
iii. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa, sains politik dan isu-isu semasa akan diutamakan;
iv. Mempunyai keupayaan untuk menjalankan tugas berkaitan aktiviti berlandaskan projek, pemantauan dan penilaian, menyokong pelbagai latihan dan pembangunan kapasiti, adalah satu kelebihan;
v. Kemahiran komunikasi yang baik serta fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Keupayaan bercakap dalam bahasa lain merupakan kelebihan;
vi. Boleh bekerja di dalam pasukan dengan pemantauan yang minimum; dan
vii. Kelebihan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.

Kekosongan Jawatan : 1 kekosongan

CARA MEMOHON

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, sekurang-kurangnya satu (1) rujukan majikan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 31 Disember 2022 (Sabtu) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
(Untuk Perhatian: Unit Pengurusan Sumber Manusia)


Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang mengemukakan CV serta sijil yang berkaitan akan dipertimbangkan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungai Puan Nurulhidayati Masdim di talian 03-2612 5600.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong