Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PERHILITAN 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada Veteran ATM serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia sepertimana berikut.

1. Renjer Komuniti

Tarikh tutup permohonan 31 Mac 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri, Semenanjung Malaysia.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong PERHILITAN Mac 2023

Syarat Kelayakan

1. Berumur 45 tahun dan ke bawah
2. Berpengalaman dalam bidang tugas berkaitan kawalan sempadan
3. Melepasi pemeriksaan kesihatan asas (BMI < 26.9 & melepasi Ujian Kecergasan serta Ujian Psikometrik)
4. Melepasi temuduga semasa
5. Terbuka untuk Veteran ATM (Staff Sarjan dan ke bawah)
6. Rekod perkhidmatan yang baik
7. Sihat tubuh badan
8. Lengkap 2 Dos Vaksin Covid 19.

Perkhidmatan

1. Kontrak sehingga 31 Disember 2023
2. Tawaran Gaji : RM2,900.00 + Insuran perlindungan flora dan fauna.  

Skop Kerja

Membantu melaksanakan operasi kawalan sempadan dan pos kawalan sempadan kawasan perlindungan flora dan fauna.

Penempatan

1. Taman Negara: Pahang, Kelantan, Terengganu, dan Pulau Pinang
2. Taman Negeri: Perak, Johor, dan Terengganu
3. Rezab Hidupan Liar
4. Hutan Simpan di Semenanjung Malaysia.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan berkelayakan sila mohon melalui JHEV ATM (BKS) di pautan berikut:
https://vibes.jhev.gov.my/portal/ . Sila daftar id VIBES2.0 untuk membuat permohonan.

Pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi (BKS):
Tel: 03-2050 8000 / 8026 / 8028
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

9 comments

  1. Mohd Ashraf hakimie bin mohd jamil
  2. Macam mane nak mohon jawatan ni tuan
    1. https://vibes.jhev.gov.my/portal/
  3. Blh dpt kn link utk org awam
    1. Yg ni terbuka untuk veteran ATM tuan..
  4. Saya veteran ATM ( polis tentera)saya amat berminat dalam PERHILITAN saya cuba mohon guna on line x boleh saya harap pihak tuan dapat memberi saya peluang untuk temuduga akan datang sekiranya saya terpilih saya tidak kisah di mana saya di hantar untuk bekerja sebagai anggota perhilitanni no tel saya 017-8760375 nama saya suhaidi bin ommahdzir
  5. Masih terbuka lagi tak utk bln april 2023...
  6. Assalamualaikum tuan..sy nk tanya,bila ada pengambilan plak?bkas tentera,mcm mana ya nk mohon tuan?
  7. Assalamualaikum nak tya bila pulak ada pengambilan.. Sy veteran atm
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong