Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPKS Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) / warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun sehingga 54 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS). Keutamaan akan diberi kepada anak kelahiran Negeri Selangor.

1. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J41
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29

Tarikh tutup permohonan 21 Disember 2022.
Lokasi penempatan : MPKS Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPKS Disember 2022

Cara Memohon

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang on-line dengan melayari portal rasmi MPKS atau sila kepautan yang diberikan di bawah.

a) Semua permohonan hendaklah disertakan dan memuat naik (upload) atas talian :

i. Resume;
ii. Salinan akademik (UPSR/PMR/PT3/SPM/SVM/ STPM/ DIPLOMA/ IJAZAH/ TRANSKRIP/MQA);
iii. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon, Ibu dan Bapa);
iv. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
v. Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa;
vi. Salinan Sijil Tamat Persekolahan;
vii. Salinan Lesen Memandu;
viii. Gambar Berukuran Pasport.
[Pastikan perkara ii hingga vii adalah salinan yang telah disahkan daripada salinan asal ]

b) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) terkini; DAN

c) Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan DITOLAK.

Perhatian

a) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga;
b) Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut;

i) Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
ii) Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga).

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Urus setia melalui telefon atau melalui 03-32891439 (Bahagian Sumber Manusia).

Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong