Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kerian (MDK) 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Kerian (MDK) Disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengsi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Daerah Kerian (MDK) sepertimana berikut.

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

Tarikh tutup permohonan 12 Disember 2022.
Lokasi penempatan : MD Kerian, Perak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kerian (MDK) 2022

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 (KONTRAK)
KUMPULAN : PELAKSANA
JADUAL GAJI (MIN-MAX) : MIN : RM 1,797.00 MAK : RM 5,753.00

SYARAT LANTIKAN :

Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).

SYARAT BAHASA MELAYU:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS:

1. Memantau kerja-kerja kutipan sisa pepejal dan kerja-kerja pembersihan awam
2. Memantau dan memeriksa tahap kebersihan dan keindahan sekitar kawasan Majlis Daerah Kerian
3. Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah akta dan enakmen yang berkaitan dengan kesihatan umum.
4. Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.
5. Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kilang, rumah sembelih dan pasar.
6. Melaksanakan operasi penguat kuasaan pembersihan awam / sampah haram / sisa pepejal domestik.
7. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada institusi kerajaan dan swasta serta badan-badan sukarela.

CARA MEMOHON

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online di laman portal Rasmi Digital Negeri Perak (sila ke pautan yang diberikan di bawah).

Iklan dan permohonan jawatan MDK disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong