Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Amanah Rakyat (MARA) disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai :

1. Pegawai Undang-Undang Gred L41

Tarikh tutup permohonan 19 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Badan berkanun

Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2022

Jawatan : Pegawai Undang-Undang Gred L41
Gaji Minimum - Maksimum : RM 2,418.00 - RM 9,607.00
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan

1. Warganegara Malaysia; dan
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
dan
4. (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00); atau
(ii) Sijil Amalan Guaman.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00); atau
(iii) Barrister-at-law-England.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00); atau
(iv) Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00).

5. Peningkatan Secara Lantikan

5.1 Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-Undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32, LA38, LA40 layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

i. Mempunyai kelayakan di perenggan 4; dan
ii. Had umur pelantikan :
a. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
b. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
c. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Syarat-syarat Skim Perkhidmatan

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

i. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian / online melalui pautan yang diberikan di bawah.
ii. Hanya permohonan lengkap yang dibuat secara dalam talian / online dan pautan yang sah sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
iii. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.
iv. Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
v. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
vi. Semakan pengiktirafan kelayakan ijazah boleh dibuat melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf.

vii. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan adalah pada 19 Disember 2022.

Permohonan jawatan secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

1 comment

  1. link ada problem. tak boleh access web tu. pls help
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong