Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Air Perak (LAP) 2022

Jawatan kosong terkini di Lembaga Air Perak (LAP) disember 2022. Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak) yang berkelayakan untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di Taska Lembaga Air Perak seperti berikut:

1. Pendidik Taska (Wanita Sahaja)

Tarikh tutup permohonan 05 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Taska LAP Perak.
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Lembaga Air Perak (LAP) 2022

1. Butir Jawatan

1.1 Jawatan : Pendidik Taska (Wanita sahaja)
1.2 Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service)
1.3 Gaji Permulaan : RM1,200.00

2. Syarat Kelayakan

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 45 tahun;
c) Sihat tubuh badan (tiada penyakit berjangkit);
d) Penyabar dan menyayangi kanak-kanak;
e) Sijil Pelajaran Malaysia yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
f) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
g) Mempunyai pengalaman dalam bidang pengasuhan kanak-kanak sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
h) Memiliki Sijil Kehadiran dan Sijil Kursus Asuhan Permata (KAP); atau
i) Memiliki Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Deskripsi Tugas:

Menguruskan kehadiran kanak-kanak, menguruskan penyediaan makanan kanak-kanak (pagi, tengahari dan petang), menyediakan aktiviti perkembagan kanak-kanak dan memastikan keselamatan, kebersihan serta penjagaan kanak-kanak dan bayi berusia 2 bulan di pelihara.

4. Cara Memohon

Borang permohonan jawatan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

5. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

5.1. Permohonan hendaklah sampai kepada :

PENGURUS BESAR
LEMBAGA AIR PERAK
JALAN ST. JOHN,
30200 IPOH.
(U/P: Unit Perjawatan).

5.2. Tarikh Tutup Permohonan : 05 Disember 2022 (Isnin)

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong