Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan kosong KUIS Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sepertimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Iklan dan Borang Tarikh Tutup
1. Pegawai Tadbir Gred N41 Kontrak Muat Turun 14 Disember 2022
2. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Kontrak Muat Turun 14 Disember 2022

Tarikh tutup permohonan 14 Disember 2022.
Lokasi penempatan : KUIS Selangor.
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan kosong KUIS Disember 2022

Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia;
2. terbuka kepada anak kelahiran SELANGOR SAHAJA; dan
3. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
4. memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
5. Kepujian dama subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan
6. mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (1) tahun dalam bidang berkaitan.

Ringkasan Tugas:

1. bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program berkaitan Jawatankuasa Bandar Ilmu;
2. bertanggungjawab menyusun dan mengatur mesyuarat induk dan mesyuarat kecil bagi pelaksanaan program-program yang dirancang;
3. bertanggungjawab sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa Induk Pelaksana Bandar Ilmu dan perlu menyediakan minit mesyuarat setiap kali mesyuarat bersidang dan juga menyediakan laporan bagi setiap program yang dijalankan mengikut format ditetapkan;
4. bertanggungjawab menyediakan kertas kerja berkaitan dan menyelia kertas kerja dari semua sektor berkaitan Bandar Ilmu.
5. melaksanakan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh Pengerusi Bandar Ilmu.

Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. warganegara Malaysia;
2. terbuka kepada anak kelahiran SELANGOR SAHAJA; dan
3. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
4. mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan
5. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan
6. mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (1) tahun dalam bidang berkaitan (keutamaan akan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan menulis dengan baik).

Ringkasan Tugas:

1. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat kumpulan sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi seperti pentadbiran am, pemprosesan dokumen, pengumpulan data dan maklumat termasuk pengurusan fail dan rekod dan menyediakan dokumen rasmi yang diperlukan serta pengendalian peralatan perhubungan dan komunikasi.

Cara Memohon :-

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang dikepilkan bersama-sama ini.

2. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut:-

a. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
b. Kad Pengenalan yang telah disahkan;
c. Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang telah disahkan (jika berkaitan);
d. Transkrip Akademik yang telah disahkan (jika berkaitan);
e. Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan (jika berkaitan);
f. Sijil Berhenti Sekolah Menengah (jika berkaitan);
g. Sijil Kokurikulum;
h. Profil Peribadi/Resume.

3. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

4. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

5. Sila kemukakan permohonan melalui e-mel: vacancy@kuis.edu.my (borang yang dihantar secara hardcopy tidak akan diproses).

6. Calon yang berjaya disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga melalui emel/ panggilan telefon.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong