Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong FELDA Januari 2023

Jawatan kosong terkini di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) januari 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebagai:

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
2. Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Tarikh tutup permohonan 13 Januari 2023.
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong FELDA Januari 2023

1. Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi (P/O)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Gred Jawatan : N19
Taraf Jawatan : Tetap
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00

ATAU

2. Pembantu Pembangunan Masyarakat
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
Gred Jawatan : S19
Taraf Jawatan : Tetap
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00

SYARAT UMUM :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan
Had umur pelantikan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL) :
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
  • yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi
  • pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi
  • pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun
TATACARA PERMOHONAN :

1. Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred jawatan secara atas talian.
2. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di iklan jawatan untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.
3. Permohonan hendaklah dibuat mulai 06 Januari 2023 sehingga 13 Januari 2023.

CATATAN AM :
i. Hanya calon-calon yang layak tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
ii. Pengurusan Tertinggi FELDA berhak untuk mengecualikan mana-mana syarat lantikan yang telah ditetapkan.
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cawangan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Modal Insan di talian :-
- Cik Nurul Amira : 03 - 21912176
- Puan Nur Nadirah : 03 - 21912134

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong