Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SUK Melaka 2022

Jawatan kosong terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (SUK Melaka) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (SUK Melaka) sepertimana berikut.

1. Pembantu Awam Gred H11
Kekosongan : 16 Simpanan : 50

2. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
Kekosongan : 1 Simpanan : 4

Tarikh tutup permohonan 27 November 2022.
Lokasi penempatan : SUK Melaka
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong SUK Melaka 2022

Jawatan : Pembantu Awam Gred H11
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Gaji Minimum - Maksimum : RM1,218.00 - RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00)

(Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS
  • Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  • Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  • Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
MAKLUMAT TAMBAHAN

Pemohon dengan kelayakan Sijil Pertolongan Cemas dan/atau kelayakan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.

Jawatan : Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan/
Gaji Minimum - Maksimum : RM1,352.00 - RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,352.00) atau

(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,408.40) atau

(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,464.80)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

(i) Bertanggungjawab membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah. Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.
(Rujukan: Laman Web EZSkim)

(ii) Membantu memantau pengurusan dan pengoperasian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Skim Rondaan Sukarela (SRS), Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan. Pengesanan dan pemantauan isu perpaduan dan melaksanakan program pengukuhan masyarakat dalam komuniti.
(Rujukan: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui surat JPN.01/514 Jld(22) bertarikh 09.08.2021)

SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my , atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 27 November 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan dan kemaskini secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong