Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SPRM November 2022

Jawatan kosong terkini Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sepertimana berikut.

1. Penolong Pegawai Siasatan Gred P29
Kekosongan : 115 Simpanan : 200

Tarikh tutup permohonan 30 November 2022.
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong SPRM November 2022

Jawatan : Penolong Pegawai Siasatan Gred P29
Gred : P29
Kumpulan : Pelaksana
Kem/Jab : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Jadual Gaji:
Minimum - Maksimum : RM1,824.00 - RM5,801.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM150.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI SIASATAN GRED P29

(c) (i) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, perakaunan, undang-undang atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,824.00)

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,863.82)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS :
  • Aspek Siasatan
  • Aspek Perisikan
  • Aspek Pendidikan Masyarakat
  • Aspek Pemeriksaan dan Perundingan
  • Aspek Perundangan dan Pendakwaan
  • Aspek Penyelidikan dan Perancangan
  • Aspek Latihan
  • Aspek Keselamatan
  • Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my , atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 30 November 2022 (Rabu), jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan dan kemaskini secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong