Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PPAT November 2022

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Terengganu) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MyStep di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) sepertimana berikut:

1. Pembantu Pustakawan S19
~ 5 Kekosongan

Tarikh tutup permohonan 15 November 2022.
Lokasi penempatan : Kuala Terengganu, Kemaman, Kerteh, Dungun dan Marang.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) November 2022

KELULUSAN

Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus subjek Matematik. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang kepustakawanan.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menyelaras dan membantu melicinkan urusan perkhidmatan perpustakaan di Perpustakaan Awam Negeri, Perpustakaan Awam Daerah, Perpustakaan Awam Pekan atau Perpustakaan Desa.

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memenuhi syarat kelayakan sebagaimana berikut:

a) Warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Negeri Terengganu) tidak kurang daripada 18 tahun dari tarikh tutup iklan;
b) Mempunyai kemahiran mengendalikan komputer terutama perisian Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point;
c) Boleh bekerja di bawah seliaan yang minima;
d) Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik; dan
e) Bertanggungjawab, memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin.

CARA MEMOHON

1. Permohonan boleh dibuat melalui sistem e-Kerjaya (sila ke pautan yang diberikan di bawah)

2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan atau panggilan telefon selepas tempoh satu bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong