Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Labuan (PL) 2022

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Labuan (PL) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Perbadanan Labuan (PL) sepertimana berikut.

BIL. Jawatan dan Gred Kekosongan Taraf Jawatan
1. Pembantu Awam H11 18 Tetap
2. Pembantu Operasi N11 2 Tetap
3. Pembantu Tadbir N19 2 Tetap

Tarikh tutup permohonan 09 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Labuan
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Perbadanan Labuan (PL) 2022

Syarat Permohonan

i. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat Bawah Blok A, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan. Maklumat jawatan kosong serta Borang Permohonan Jawatan juga boleh muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

ii. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan seperti berikut:

a. Sekeping gambar (ukuran passport) terkini;
b. Salinan kad pengenalan;
c. Sijil lahir pemohon; (pemohon dan Ibubapa)
d. Sijil-sijil persekolahan dan kelulusan akademik; (PT3/PMR/SPM)
e. Sijil berhenti sekolah; dan
f. Sijil kegiatan luar dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

(semua salinan dokumen yang dinyatakan di atas perlu disahkan dari salinan asal oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas atau pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pendidikan untuk sijil-sijil berkaitan)

iii. Pemohon hendaklah bebas daripada apa-apa rekod jenayah, tidak menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya serta tiada masalah penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi kerja;

iv. Permohonan yang lewat, tidak lengkap seperti yang dinyatakan di para (ii) dan (iii) di atas atau tidak mengikut syarat-syarat tersebut akan ditolak; dan

v. Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan penghantaran borang permohonan jawatan .

Alamatkan permohonan anda kepada :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN LABUAN
WISMA PERBADANAN LABUAN
TINGKAT BAWAH BLOK A
PETI SURAT 81245
87022 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
(U.P: JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Sebelum atau pada 09 Disember 2022.

Catatan:

1. Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temu duga.
2. Sekiranya pemohon yang tidak menerima panggilan untuk sesi temuduga selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan mereka adalah tidak berjaya.
3. Sekiranya pemohon yang dijemput hadir temuduga tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh temuduga diadakan, permohonan mereka adalah tidak berjaya.
4. Perbadanan Labuan boleh melanjutkan tempoh validasi borang permohonan sehingga tempoh yang ditetapkan.

Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong