Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MATRADE November 2022

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sebagai:

1. Pembantu Setiausaha Pejabat

Tarikh tutup permohonan 30 November 2022.
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong MATRADE November 2022

Jawatan : Pembantu Setiausaha Pejabat
Kumpulan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

1. Jadual Gaji (Minimum – Maksimum) : RM1,352.00 – RM4,003.00
2. Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00
3. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)
4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

5. Taraf Jawatan : Kontrak

6. Bilangan Kekosongan: Tiga (3)

7. Penaklukan di bawah syarat-syarat Skim Perkhidmatan:
  • Pegawai yang memasuki perkhidmatan seperti yang dinyatakan di 1 (a) di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa
8. Fungsi Bidang Tugas:
  • Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar
  • Memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail
  • Memastikan semua keperluan rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.
9. Cara Memohon

Mengisi borong permohonan seperti di pautan: Klik disini

Mengemukakan resume terkini di emel: hr@matrade.gov.my

Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 November 2022 (Rabu)
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong