Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada anak Negeri Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sepertimana berikut:

1. Penolong Jurutera JA29 (Kontrak)
Kekosongan : 3

Tarikh tutup permohonan 28 November 2022.
Lokasi penempatan : MPS Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2022

SYARAT-SYARAT LANTIKAN:-

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
(ii) diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :-

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :-

1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun perlu mencetak borang permohonan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan dibawa ke sesi temu duga berserta dengan Buku Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

2. Permohonan perlu dibuat secara online melalui Sistem e-Jawatan yang boleh dicapai melalui laman sesawang/portal rasmi Majlis Perbandaran Selayang (www.mps.gov.my). atau sila ke pautan yang diberikan di bawah.

3. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

5. Sila pastikan semua ruangan yang perlu diisi, hendaklah dilengkapkan.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong