1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
2. Pembantu Operasi N11
Tarikh tutup permohonan 14 November 2022.
Lokasi penempatan : MAIPk Perak
Sektor : Kerajaan
1. Pemohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk-BKP-P01/B01) yang boleh didapati melalui laman web https://www.maiamp.gov.my atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, resume, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, lesen memandu, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.
3. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 14 November 2022 (Isnin) ke alamat berikut –
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Sub-Unit Perjawatan)
4. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
5. Permohonan-permohonan yang tidak memberi keterangan lengkap di dalam borang yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
6. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
7. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini