Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong LGM November 2022

Jawatan kosong terkini di Lembaga Getah Malaysia (LGM) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Lembaga Getah Malaysia (LGM) sepertimana berikut:

BIL. JAWATAN TARAF JAWATAN GAJI LOKASI PENEMPATAN
1. Kontrak Torehan Contract For Service (CFS) RM1,793.00 Similajau, Sarawak.

Tarikh tutup permohonan 10 November 2022.
Lokasi penempatan : Similajau, Sarawak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong LGM November 2022

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

1. Kelayakan Cuti Rehat Tahunan sebanyak 20 hari;
2. Kemudahan Cuti Sakit 10 hari yang disertakan bersama Sijil Cuti Sakit daripada pegawai perubatan berdaftar; dan
3. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO);

SYARAT LANTIKAN

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun atau tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup permohonan;
3. Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
4. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

SYARAT TAMBAHAN

1. Mempunyai kemahiran menoreh pokok getah dengan baik;
2. Berkeupayaan mengangkat hasil torehan sekurang-kurangnya 500 pokok sehari; dan
3. Boleh menoreh seawal jam 6:00 pagi sehingga 1:45 petang.

DESKRIPSI TUGAS

1. Menjalankan kerja-kerja penorehan pokok getah, penyelenggaran tanaman termasuk cantasan dahan, kawalan rumpai dan pembajaan secara berjadual; dan
2. Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

TATACARA PERMOHONAN

1. Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang UPSM/A/01/002 (sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah) dan dimajukan/dipos ke alamat :

Pengurus Stesen
Stesen Penyelidikan RRIM Similajau
Lembaga Getah Malaysia
Lot 11, Blok 1 Lavang Land District,
KM 68, Jalan Bintulu-Miri,
Peti Surat 3127, 97013, Bintulu,
Sarawak, Malaysia.


2. Borang permohonan yang ingin dikemukakan hendaklah disertakan bersama Salinan Sijil, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Kelahiran yang telah disahkan dan gambar terkini berukuran pasport ditampal pada borang permohonan.
3. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat di dalam borang permohonan adalah tepat dan terkini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 November 2022.

CATATAN AM

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pembangunan Sumber Manusia /Seksyen Penjawatan) Lembaga Getah Malaysia di talian 03-9206 2000:

i. Cik Nur Hafizah binti Mohd Arifin (Ext : 2205)
ii. Encik Haszrul Naim bin Abdul Halim (Ext : 2204)

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong