Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT)

Jawatan kosong terkini di Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PERSONEL MySTEP di Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor sepertimana berikut.

1. PERSONEL MySTEP GRED J41

Tarikh tutup permohonan 30 november 2022.
Lokasi penempatan : Selangor
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT)

JAWATAN: PERSONEL MySTEP GRED J41

1. Status Jawatan : 
Kontrak (Tempoh perkhidmatan tamat pada 30 Jun 2023 bergantung kepada keperluan Jabatan)

2. Kelayakan : 

i) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
ii) Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Tanah dan Geomatik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iii) Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan;
iv) Keutamaan kepada mereka yang mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja Strata.

3. Kekosongan : Enam (6) jawatan

4. Gaji : RM 2,000.00 sebulan (tertakluk kepada Pekeliling Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP di bawah inisiatif Short-Term Employment Program Tahun 2022)

Calon-calon yang berminat adalah dijemput untuk mengemukakan permohonan secara bertulis serta mengemukakan butir-butir diri (resume) yang lengkap, nombor telefon untuk dihubungi beserta salinan-salinan sijil berkenaan yang telah disahkan, salinan MyKad dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) ke alamat di bawah:

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Jurukur Tanah Malaysia
Aras 5-7, Wisma LJT, Lorong Perak
Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-41085191 No. Fax: 03-41085178

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2022 (Rabu).

Semua permohonan akan dirahsiakan. Hanya calon-calon yang terpilih selepas tapisan akan dihubungi untuk menghadiri temuduga.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong