Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong KKMM November 2022

Jawatan kosong terkini di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sepertimana berikut:

1. Ahli Muzik B41
Kekosongan : 5 Simpanan : 10

2. Ahli Muzik B31
Kekosongan : 3 Simpanan : 10

3. Ahli Muzik B29
Kekosongan : 14 Simpanan : 10

Tarikh tutup permohonan 21 November 2022.
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong KKMM November 2022

1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Jawatan : Ahli Muzik B41
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional, Pelaksana

Jadual Gaji
Minimum - Maksimum : RM2,095.00 - RM9,587.00
Kadar Kenaikan gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan

(i) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni muzik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).

Jawatan : Ahli Muzik B31
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional, Pelaksana

Jadual Gaji
Minimum - Maksimum : RM2,851.00 - RM6,263.00
Kadar Kenaikan gaji Tahunan : RM155.00

Syarat Lantikan

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Ahli Muzik Gred B31 atau B37 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(a) memenuhi syarat-syarat lantikan.

(b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau

(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred B31: RM2,851.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B37: RM3,565.00).

Jawatan : Ahli Muzik B29
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional, Pelaksana

Jadual Gaji
Minimum - Maksimum : RM 1,499.00 - RM5,679.00
Kadar Kenaikan gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lanyikan

(i) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau

(iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau

(iv) Diploma dalam bidang seni muzik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78).


Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my , atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 21 November 2022 (Isnin), jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan dan kemaskini secara online disini

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong