Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Forest Plantation Development 2022

Jawatan kosong terkini di Forest Plantation Development Sdn Bhd Disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengsi kekosongan jawatan kosong di Forest Plantation Development Sdn Bhd sepertimana berikut.

1. Ketua Pegawai Eksekutif

Tarikh tutup permohonan 12 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur.
Sektor : Badan Berkanun/ Swasta

Jawatan Kosong Forest Plantation Development 2022

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (KUALA LUMPUR-CHERAS)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
  • Berumur tidak melebihi 65 tahun
  • Sarjana Muda Perladangan Hutan/Perhutanan/Pengurusan Perniagaan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Keutamaan diberikan kepada pemegang Sarjana dan ke atas)
2. Status Jawatan:

Lantikan adalah secara kontrak untuk tempoh setahun dan boleh diperbaharui bagi tempoh tambahan setahun lagi bergantung kepada prestasi perkhidmatan.

Skim Gaji- Gaji Minimun : RM 5,838.00
Gaji Maksimum : RM 11,864.00
*Gaji Permulaan akan ditentukan kemudian.

3. Imbuhan dan Elaun :

Imbuhan Tetap Perumahan 800.00
Elaun Keraian 900.00
Bantuan Sara Hidup 300.00

4. Syarat Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek BM pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

5. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki pengetahuan dalam bidang berkaitan serta memiliki pengalaman kerja minimum lima (5) tahun pengalaman dalam perladangan hutan/perhutanan serta minimum tiga (3) tahun dalam pentadbiran dan kewangan.

6. Deskripsi Tugas:

i) Merancang dan merangka strategi-strategi bagi pelaksanaan Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) di bawah seliaan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan MTIB bagi memastikan bekalan bahan mentah sektor perkayuan mencukupi serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang berkesan.

ii) Mengawal selia operasi harian syarikat termasuk sumber manusia, kewangan, pembangunan dan perniagaan.

Pemohon hendaklah mengemukakan PERMOHONAN SECARA ONLINE (Sila ke pautan di bawah) ATAU BERTULIS kepada:

FOREST PLANTATION DEVELOPMENT SDN BHD,
TINGKAT 12 MENARA PGRM 2,
NO 6 JALAN PUDU ULU, CHERAS,
56100 KUALA LUMPUR.
TEL: 03-92829000 FAX: 03-92861002

Permohonan hendaklah disertakan bersama curriculum vitae, salinan kad pengenalan yang telah disahkan, salinan sijil-sijil yang telah disahkan, sekeping gambar terkini berukuran passport. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun atau Kerajaan Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.

Tarikh tutup permohonan : 12 Disember 2022

CATATAN AM
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Iklan, syarat-syarat dan permohonan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong