Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong EAIC November 2022

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sepertimana berikut:

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Tarikh tutup permohonan 04 November 2022.
Lokasi penempatan : Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) November 2022

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N19
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gred Gaji : N19
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji (Min - Mak) : RM1,352.00 – RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Kekosongan : 1 jawatan

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut -

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

DISKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi selaras dengan fungsi tugas jabatan/bahagian yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi termasuk tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat serta pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat turun dari laman sesawang www.eaic.gov.my. atau sila ke pautan yang diberikan di bawah.

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport terbaharu, salinan Sijil Pelajaran Malaysia, sijil-sijil, surat beranak dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan.

3. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dikemukakan kepada:

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN
ARAS 5, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18 PERSIARAN PERDANA
PRESINT 2, 62652 PUTRAJAYA
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

5. Borang permohonan yang tidak lengkap/tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 November 2022 (Jumaat). Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong