Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SUK Negeri Melaka Oktober 2022

Jawatan kosong terkini di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (SUK Melaka) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di SUK Negeri Melaka sepertimana berikut:

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29
Kekosongan : 6 Simpanan : 18

Tarikh tutup permohonan 20 oktober 2022 (Khamis).
Lokasi penempatan : Melaka
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong SUK Negeri Melaka Oktober 2022

Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29
Kumpulan: Pelaksana
Jadual Gaji:
Gaji Minimum - Gaji Maksimum : RM1,698.00 - RM5,717.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00

Keperluan Bidang Pengkhususan (Ditetapkan Oleh Jabatan)

i) Pengajian Islam
ii) Tahfiz Al-Quran' atau
iii) Bahasa Arab

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) diploma dalam bidang perguruan daripada institusi Perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00); atau
(ii) diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my , atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 20 Oktober 2022 (Khamis), jam 11.59 malam.

Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong