Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya (KKR) 2022

Jawatan kosong terkini di Kementerian Kerja Raya (KKR) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kementerian Kerja Raya (KKR) sebagai :

1. Arkitek Gred J41
Kekosongan : 7 Simpanan : 15

2. Juruukur Bangunan Gred J41
Kekosongan : 1 Simpanan : 2

Tarikh tutup permohonan 19 oktober 2022.
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Berkanun/ Kerajaan

Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya (KKR) 2022

Jawatan : Arkitek Gred J41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum - Gaji Maksimum : RM2,529.00 RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda/Sarjana Seni Bina dengan pengiktirafan Bahagian II oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(ii) berdaftar sebagai Arkitek Graduan dengan Lembaga Arkitek Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,736.28).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Seni Bina adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(b) had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskrisi Tugasan :

Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project's brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).

Jawatan : Juruukur Bangunan Gred J41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum : RM2,529.00 - RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) ijazah sarjana muda kepujian ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur Bangunan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruukur Bangunan Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(ii) lulus Peperiksaan Certificate of Competency anjuran Lembaga Juruukur Tanah; dan

(b) had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugasan

Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kerja-kerja pengukuran sesuatu binaan bangunan dan kerja-kerja pengukuran sebelum dibangunkan binaan tersebut.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my . Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 19 Oktober 2022 (Rabu), jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan dan kemaskini secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong