Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong FELDA Oktober 2022

Jawatan kosong terkini di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebagai:

1. Penolong Pegawai Tadbir N29

Tarikh tutup permohonan pada 13 oktober 2022.
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan / Badan Berkanun

Jawatan Kosong FELDA Oktober 2022

Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan
Gred Jawatan : N29
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji Minumum - Maksimum : RM1,493.00 - RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan

a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. kelayakan Akademik:
i. Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
ii. Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
iii. Lulusan diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv. Lulus peperiksaan Khas KPSL/PSL N29
d. kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
e. had umur pelantikan:
i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Skop Kerja Utama

1. bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan, pengurusan majlis rasmi dan pengurusan pejabat
2. bertanggungjawab mengawal kesempurnaan perjalanan kursus-kursus yang diaturkan di pusat latihan dan memastikan aset-aset sedia ada dalam keadaan yang baik
3. bertanggungjawab menyelaras aktiviti/program yang dilaksanakan sama ada melibatkan pihak dalam atau pihak luar

Keutamaan
  • Keutamaan pada petugas dalaman
  • mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang mengendalikan latihan
  • mempunyai kelayakan akademik berkaitan latihan dan keusahawanan
  • mempunyai pengalaman dalam bidang keusahawanan, pemasaran dan mengendalikan program
Cara Memohon

Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) melalui google form, sila ke pautan yang diberikan di bawah.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan pada 13 Oktober 2022.

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong