Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong TNB September 2022

Jawatan kosong terkini Tenaga Nasional Berhad (TNB) september 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong bertaraf Kontrak di Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepertimana berikut.

1. Meter Reader
2. Juruteknik Tingkatan Biasa

Tarikh tutup permohonan 20 September 2022.
Lokasi penempatan : TNB Semenanjung Malaysia
Sektor : Badan Berkanun/ Swasta

Jawatan Kosong TNB September 2022

Jawatan : Meter Reader

Butiran Jawatan

Gaji Pokok : RM1,500.00 sebulan
Elaun Elektrik : RM85.00 sebulan
Elaun Dobi : RM60.00 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat & Kelayakan
  • Warganegara Malaysia. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)
  • Memiliki Diploma dari Politeknik atau Universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang berkaitan dengan tugas-tugas di Tenaga Nasional Berhad
        atau
  • Memiliki Sijil Penjaga Jentera Elektrik (sekurang-kurangnya AO) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) mata pelajaran termasuk :
        - Bahasa Malaysia
        - Matematik atau Sains
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  • Tidak rabun warna serta sihat tubuh badan.
  • Memiliki lesen memandu B2 (Lesen L adalah tidak layak) dan mempunyai motorsikal.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan dan mempunyai tahap komunikasi yang baik.
  • Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja.
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
Maklumat Lanjut
  • Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.
  • Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.
Jawatan : Juruteknik Tingkatan Biasa

Butiran Jawatan

Gaji Pokok : RM1,800.00 sebulan
Elaun Elektrik : RM85 sebulan
Elaun Dobi : RM60 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)
  • Mempunyai Diploma Kejuruteraan (Elektrik / Civil (Awam) / Power (Kuasa) / GIS) dari Politeknik tempatan dan Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dengan keputusan minima CGPA 2.50.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Pemohon yang mempunyai sijil Penjaga Jentera Elektrik sekurang-kurangnya AO adalah merupakan satu kelebihan.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  • Tidak rabun warna serta sihat tubuh badan.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Tidak merokok / sebarang bentuk rokok elektronik
  • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan.
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
Maklumat Lanjut
  • Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.
  • Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.
Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong