Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PKNM September 2022

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) september 2022. Permhonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) sebagai:-

1. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

Tarikh tutup permohonan 09 september 2022.
Lokasi penempatan : PKNM Melaka
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong PKNM September 2022

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh diperolehi daripada Unit Perjawatan & Perkhidmatan, Bahagian Khidmat Pengurusan, PKNM atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah. Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaharu berukuran passport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-Sijil Akademik Persekolahan beserta dengan keputusan/ kelulusan peperiksaan yang berkaitan dan lain-lain dokumen sokongan yang telah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung.

c) Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.

d) Tarikh tutup permohonan adalah pada 09 September 2022 (Jumaat) dan Borang Permohonan hendaklah diserahkan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan tersebut.

e) Borang Permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran/ kehilangan dokumen dan dimasukkan ke dalam sampul surat serta mencatatkan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri atas sampul surat.

f) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya :-

(i) Tidak disertakan dengan salinan sijil dan dokumen yang diperlukan;
(ii) Salinan sijil dan dokumen sokongan yang dikemukakan tidak disahkan;
(ii) Tidak lengkap atau tidak terang;
(iii) tidak memenuhi dan mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan;
(iv) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan (bagi pegawai yang sedang berkhidmat);
(v) borang permohonan tidak ditandatangani serta tiada dituliskan tarikh; dan
(vi) diterima selepas daripada tarikh permohonan ditutup.

g) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya; dan

h) Bagi calon-calon yang telah ditemuduga tetapi tidak menerima apa-apa keputusan selepas 2 bulan dari tarikh temuduga, hendaklah menganggap mereka tidak berjaya untuk dilantik ke jawatan berkenaan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
Aras 4-11, Menara MITC, Jalan Konvensyen, Kompleks MITC, 75450 Ayer Keroh,
Melaka

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI