Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pensyarah UiTM 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2022. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) di UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang.

Bil. Jawatan Kosong Fakulti Bidang Jadual Gaji
Sarjana Muda Sarjana/ Doktor Falsafah
1. Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa i. Bahasa Inggeris
ii. Bahasa Mandarin
iii. Bahasa Arab
RM2,300.00 RM2,800.00
2. Akademi Pengajian Islam Kontemporari Pengajian Islam RM2,300.00 RM2,800.00
3. Pengurusan dan Perniagaan Pengurusan RM2,300.00 RM2,800.00

Tarikh tutup permohonan 21 Ogos 2022.
Lokasi penempatan : UiTM Kampus Pasir Gudang, Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pensyarah UiTM 2022

Syarat Kelayakan

Jawatan : Pensyarah UiTM

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) KELAYAKAN LANTIKAN

i. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

ii. Ijazah Sarjana Muda atau Dipoloma dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan:
  • Kad Pengenalan
  • Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik terperinci)
3. Nama Jawatan/Bidang & Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul permohonan.

4. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak melalui jabatan tidak akan diproses.

5. Hanya pemohon-pemohon yang layak disenaraikan pendek akan dipanggil untuk temuduga.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

7. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Johor.

8. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

9. Borang boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada: 21 OGOS 2022

Sila kemukakan permohonan kepada:

PENOLONG PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS PASIR GUDANG
JALAN PURNAMA
BANDAR SERI ALAM
81750 MASAI, JOHOR

No Tel : +(607)-381 8000

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong