Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia Ogos 2022

Jawatan kosong terkini di Parlimen Malaysia 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Parlimen Malaysia sebagai:

Bil. Jawatan Kosong Taraf Jawatan Kekosongan Borang Permohonan
1. Pegawai Penyelidik Sosial Gred N41 Kontrak 2 Muat turun
2. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 Kontrak 1 Muat turun

Sila klik pada senarai nama jawatan diatas untuk melihat syarat kelayakan dan cara memohon selanjutnya.

Tarikh tutup permohonan pada 15 Ogos 2022
Lokasi penempatan : Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia Ogos 2022

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my). Atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di atas.

2. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 bab 'A' Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan dan Penamatan) 2012.

3. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).

4. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 OGOS 2022 (ISNIN)

Catatan Am :

a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

c) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong