Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) julai 2022. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Perak sepertimana berikut.

Bil. Nama Jawatan Status Jawatan Tarikh Tutup Lokasi Penempatan
1. Pegawai Tadbir N41 Tetap 26 Julai 2022 UiTM Seri Iskandar
2. Pembantu Tadbir (P/O) N19 Tetap 26 Julai 2022 UiTM Seri Iskandar
3. Pembantu Pustakawan S19 Tetap 26 Julai 2022 UiTM Seri Iskandar
4. Pembantu Pustakawan S19 Tetap 26 Julai 2022 UiTM Seri Iskandar
5. Pembantu Makmal C19 Tetap 27 Julai 2022 UiTM Tapah

Sila muat turun iklan dan borang permohonan jawatan di bawah

Bil. UiTM Cawangan Muat Turun Iklan Muat Turun Borang
1. UiTM Kampus Seri Iskandar Muat turun Muat turun
2. UiTM Kampus Tapah Muat turun Muat turun

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Julai 2022

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
  • Kad Pengenalan
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
4. Satu pemohon hanya boleh memohon untuk SATU JAWATAN yang diiklankan sahaja.

5. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

8. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

9. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di atas.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong