Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2022

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ogos 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sepertimana berikut.

1. Juruaudit W41

Tarikh tutup permohonan 07 Ogos 2022.
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2022

Jawatan : Juruaudit
Gred Jawatan : W41
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
Jadual Gaji : RM2,094.00 – RM9,585.00

Syarat Lantikan : 

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,300.73); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63); atau

(iii) Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63); atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,923.41); atau

(v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM3,027.19).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruaudit Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(b) had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Taraf Jawatan : Tetap
Jumlah Kekosongan : 1


Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan : 

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat- syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Fungsi Bidang Tugas : 

Merancang/ Mengaudit/ Meneliti Audit Koperasi, Laporan Audit, Sistem Pengauditan dan pandangan Suruhanjaya selaras peruntukkan Akta dalam memastikan tadbir urus koperasi dan organisasi berjalan dengan cekap.

Tarikh Tutup Permohonan : 07 Ogos 2022

Cara Memohon

1.Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohnan secara atas talian (online) di Sistem eKerjaya SKM yang boleh anda dapati pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel yang dinyatakan semasa mendaftar.

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong