Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PERKESO 2022

Jawatan kosong terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) julai 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sepertimana berikut.

1. Pengurus Kes Gred 23
2. Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19

Tarikh tutup permohonan 04 Ogos 2022.
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri, Seluruh Malaysia.
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Julai Ogos 2022

JAWATAN : PENGURUS KES GRED 23

Kelayakan:

1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

2. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sumber Manusia, Psikologi Pemulihan Pekerjaan, Perhubungan Industri, Psikologi Industri dan organisasi, Latihan dan Pembangunan, Head Hunter, Perhubungan Awam, Komunikasi Massa, Pentadbiran Perniagaan dan Perniagaan Antarabangsa atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan;

3. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

4. Keutamaan dan kelebihan kepada calon yang memiliki pengalaman dalam bidang Perkhidmatan Pekerjaan dan Sumber Manusia serta mempunyai jaringan dan hubungan baik dengan pelbagai pemegang taruh, pengurusan risiko, prinsip insurans dan perundangan;

5. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai penguasaan yang baik dalam Bahasa Inggeris, bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan; dan

6. Bersedia untuk berkhidmat dan bertugas di pejabat-pejabat PERKESO seluruh Malaysia.

Tanggungjawab:

1. Bekerjasama bersama Pegawai Sumber Manusia dengan syarikat- syarikat yang menawarkan jawatan berkemahiran tinggi untuk membantu pengambilan pekerja baharu;

2. Mewujudkan hubungan strategik dengan syarikat-syarikat dalam mempromosikan perkhidmatan pekerjaan PERKESO;

3. Iklankan jawatan kosong kepada pemegang taruh dan rangkaian libat urus sedia ada;

4. Memastikan pengkalan data calon dengan teratur;

5. Menganalisa sumber dan tempoh masa yang diambil untuk satu-satu jawatan untuk diisi;

6. Mengkaji dan mengenalpasti sistem dan teknik penyumber calon yang baharu;

7. Melaksanakan strategi talent engagement; dan

8. Melaksanakan program kebolehpasaran dan pendedahan awal.

Lingkungan Gaji:

Min.RM3,100.00 Mak.RM14,000.00

Waktu bekerja:
8.00 jam

JAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PEKERJAAN GRED 19

Kelayakan:

1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

2. Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Kesihatan Pekerjaan/Fisioterapi/ Kaunselor Pemulihan/Jururawat Kesihatan Pekerjaan/Psikologi Pemulihan Pekerjaan/Sumber Manusia Perhubungan Industri, Psikologi Industri dan Organisasi, Gelagat Organisasi dan Kaunseling Perindustrian, Kerja Sosial, Keselamatan Pekerjaan, Kesihatan Bersekutu, Latihan dan Pembangunan, Head Hunter, Kerja Sosial, Sistem Teknologi Maklumat (Programmer), Kreatif dan Multimedia (Adobe Creative Suite)

3. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

4. Mempunyai minat dan komitmen yang tinggi dalam membantu pekerja yang hilang upaya untuk dipulihkan dan kembali semula bekerja dalam persekitaran yang sihat dan selamat;

5. Mempunyai ciri-ciri personaliti yang mesra, mempunyai skil komunikasi yang baik dengan pelbagai pihak ( majikan, pusat rehabilitasi, hospital, agensi kerajaan dan swasta) serta boleh bekerja secara berkesan dalam berpasukan;

6. Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai sijil 'Certified Disability Management Professional (CDMP); atau pengalaman dalam Program Return to Work, Rehabilitasi dan Keselamatan Sosial;

7. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa Inggeris, bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan; dan

8. Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Pejabat PERKESO di seluruh negara.

Tanggungjawab:

1. Meneliti dan menyemak kes-kes Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan Return To Work (RTW) bagi tujuan bantuan pencarian pekerjaan;

2. Melakukan sesi penilaian penempatan pekerjaan bagi mengenalpasti keinginan, limitasi, keupayaan, kelayakan dan kemahiran OB yang sebenar;

3. Merangka pelan sokongan pekerjaan bersama Orang berinsurans bagi mencapai sasaran yang efisien

4. Melakukan pencarian pekerjaan untuk OB menerusi pelbagai saluran bagi mendapatkan peluang pekerjaan OB;

5. Melakukan padanan kerja bagi kes yang dirujuk berdasarkan keupayaan, limitasi, minat dan kelayakan dengan keperluaan pekerjaan (work demand);

6. Menyediakan resume OB mengikut keperluan dan kehendak majikan;

7. Mendapatkan peluang-peluang pekerjaan dari majikan yang berpotensi;dan

8. Mengendalikan sesi temuduga diantara pihak OB dan majikan, termasuk mengadakan bengkel pra temuduga.

Lingkungan Gaji:

Minimum : RM2,200.00 - Maksimum : RM10,300.00

Waktu bekerja:

8.00 jam

Pastikan anda klik pada button perincian pada laman perkeso untuk memohon jawatan secara online selanjutnya.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong