Dapatkan info jawatan kosong terus ke Telegram anda sekarang.!!! Klik Disini

Jawatan Kosong MPHTJ Julai 2022

Jawatan kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Julai 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sepertimana berikut:

Bil. Jawatan Dan Gred Kekosongan Taraf Jawatan
1. Pegawai Veterinar GV41 1 Kontrak
2. Penolong Pegawai Veterinar G29 1 Kontrak
3. Penolong Arkitek Landskap J29 1 Kontrak
4. Pembantu Penguatkuasa KP19 1 Kontrak
5. Pembantu Awam H11 5 Kontrak

Tarikh tutup permohonan pada 08 Julai 2022
Lokasi penempatan : MPHTJ Melaka
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPHTJ Julai 2022

CARA MEMOHON :

i. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

ii. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati daripada Laman Web MPHTJ iaitu http://www.mphtj.gov.my atau hadir sendiri ke Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Aras 2, Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka. Atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

iii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan Kad Pengenalan, sesalinan Sijil Kelahiran, gambar terkini berukuran pasport dan sijil-sijil kelayakan akademik. Sila pastikan setiap dokumen tersebut hendaklah DISAHKAN. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak dengan serta merta.

iv. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi disertakan bersama.

v. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan akan ditolak.

vi. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
SF-01, Aras 2,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 8 JULAI 2022

PERINGATAN :

i. Pemohon hendaklah lengkap divaksinasi Covid-19.

ii. Calon yang layak perlu menduduki Ujian Kecergasan dan Fizikal serta Ujian Kompetensi yang akan dimaklumkan tarikhnya kelak.

iii. Hanya calon yang berjaya dalam ujian tersebut sahaja akan dipanggil untuk menjalani peringkat temuduga.

iv. Calon yang dilantik perlu akur terhadap penempatan/tempat bertugas yang ditentukan dari semasa ke semasa demi kepentingan MPHTJ.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Jom dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke TikTok anda sekarang! Klik Disini

© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong