Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MBSJ Julai 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) julai 2022. Warganegara Malaysia yang terdiri daripada ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak seperti berikut:

Bil. Nama Jawatan Status Jawatan Kekosongan
1. Pegawai Undang-Undang L41 Tetap 1
2. Pembantu Penguatkuasa KP19 Kontrak 10
3. Pembantu Akauntan W19 Kontrak 11

Tarikh tutup permohonan 28 Julai 2022
Lokasi penempatan : MBSJ, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MBSJ Julai 2022

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :

a. Permohonan hendaklah dibuat secara online. 

ii) Permohonan jawatan secara online disini

b. Pemohon perlu memuatnaik salinan lembut dokumen yang diperlukan seperti berikut:

i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran calon dan ibubapa.
ii. Salinan Sijil berhenti Sekolah Rendah, Menengah dan Sijil-sijil yang berkaitan.
iii. Salinan Kelulusan Akademik SRP/PMR, SPM/SPVM, STPM, STAM,Sijil-Sijil, Diploma, atau Ijazah (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).
v. Borang pemastautin (Jika pemastautin melebihi 15 tahun, sila sertakan pengesahan pemastautin daripada Penghulu Mukim yang dilantik.

c. Permohonan yang memiliki syarat-syarat yang dikehendaki sahaja akan dipertimbangkan dan hanya calon-calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pihak MBSJ akan menghantar e-mel kepada calon-calon yang telah disenarai pendek bagi mengemukakan 1 Salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung seperti berikut:-

d. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ’A’ 1973 dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi / tidak memenuhi syarat akan ditolak.
ii. Hanya calon-calon yang layak dan lulus tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

d. Tarikh tutup permohonan pada 28 JULAI 2022

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK NEGERI SELANGOR ATAU IBU/ BAPA DILAHIRKAN DI SELANGOR.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong