Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong LPNM Julai 2022

Jawatan kosong Lembaga Perindustrian Nanas Negara (LPNM) Julai 2022. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mempelawa warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :-

1. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29
2. Pembantu Ehwal Ekonomi E19
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Tarikh tutup permohonan pada 11 Julai 2022
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong Lembaga Perindustrian Nanas Negara (LPNM) Julai 2022

CARA PERMOHONAN

1. Bagi pemohon yang berkelayakan, komited dan berdedikasi dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan kosong tersebut. Borang permohonan dan syarat-syarat lantikan hendaklah dimuat turun melalui laman web LPNM http://www.mpib.gov.my atau pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.

3. 1 borang hanya untuk 1 jawatan sahaja. Sila gunakan borang berasingan sekiranya memohon lebih dari 1 jawatan.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi terkini tiga tahun berturut-turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.

5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM berkaitan perkara ini.

7. Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut:

i) Salinan Sijil Kelahiran
ii) Salinan Kad Pengenalan
iii) Salinan Lesen Memandu
iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
v) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
vi) Surat sokongan/kebenaran daripada majikan.
vii) Sijil-sijil penghargaan/penyertaan (terhad 3 tahun terkini)

*** Salinan sijil yang tidak disahkan adalah dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses.

8. Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat di bawah sebelum atau pada 11hb Julai 2022 (Isnin) sebelum 12.00 Tengahari;

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)

Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong