Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) 2022

Jawatan kosong terkini di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Julai 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk memohon jawatan kosong terkini yang ditawarkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi jawatan lantikan secara Contract For Service (CFS) sepertimana berikut.

Jawatan Penolong Eksekutif
Bayaran Perkhidmatan RM2,600.00 Sebulan
Syarat Lantikan Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
Kelayakan Akademik 1. Calon perlu mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan seperti berikut:
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Penterjemahan.
2. Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat SPM atau SVM.
Tempoh Pengalaman Pengalaman dalam bidang penterjemahan/ penulisan/ penyuntingan dwi bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
Tempoh Kontrak Satu (1) tahun
Tutup Iklan 14 Julai 2022 (Khamis)
Skop Tugas Merancang dan melaksanakan hal ehwal berkaitan pengurusan komunikasi dan media khususnya dalam aspek penterjemahan, semakan, suntingan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ke atas dokumen-dokumen Kerajaan dan penerbitan LADA untuk memastikan komunikasi serta penyampaian maklumat dapat dilaksanakan secara berkesan seterusnya meningkatkan kredibiliti dan imej korporat LADA dalam kalangan pemegang taruh.

Menguruskan serta mengendalikan hebahan maklumat di akaun media sosial rasmi LADA.

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Julai 2022

1. CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. atau pada pautan yang diberikan di bawah.

a) Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan seperti berikut:

(i) Kad Pengenalan;

(ii) Sijil Kelahiran;

(iii) Sijil Berhenti Sekolah;

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

(v) Sijil Ijazah Sarjana Muda; dan

(vi) Transkrip Akademik.

b) Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis Penolong Eksekutif di sebelah kiri sampul. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi talian 04 9600600 dan permohonan yang telah lengkap diisi serta ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)

c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

2. PERMOHONAN YANG DITOLAK

a) Borang permohonan yang tidak lengkap seperti berikut tidak akan dipertimbangkan:

(i) Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran pasport;

(ii) Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan seperti di para 2 (a);

(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

(iv) Tidak menandatangani borang permohonan; dan

(v) Mengemukakan maklumat palsu.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong