Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) 2022

Jawatan kosong terkini di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) ambilan julai 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Agensi Angkasa Malaysia sepertimana berikut.

BIL. JAWATAN KOSONG TARIKH TUTUP KEKOSONGAN SIMPANAN
1. Pegawai Penyelidik Q41 24 Julai 2022 5 10
2. Pen. Pegawai Penyelidik Q29 24 Julai 2022 1 5

Tarikh tutup permohonan 24 Julai 2022 (Ahad)
Lokasi penempatan : MYSA, Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Julai 2022

Jawatan : Pegawai Penyelidik Gred Q41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
Gred Jawatan: Q41
Jadual Gaji:
Gaji Minimum - Maksimum : RM2,315 - RM9,618.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
 
(a) warganegara Malaysia;
 
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
 
(c) (i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66); atau

(iii) ijazah Sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44); atau

(iv) ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,730.00); atau

(v) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau

(vi) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(b) had umur pelantikan:
i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :
i) menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
ii) menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
iii) melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

Jawatan : Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
Klasifikasi:Perkhidmatan Sains
Jadual Gaji:
Gaji Minimum - Maksimum : RM1,496.00 - RM5,676.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau

(ii) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau

(iii) Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00);atau

(iv) Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,774.37); atau

(v) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,849.57); atau

(vi) Diploma Sains Veterinar/ Haiwan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,924.77).

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penyelidik adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) had umur pelantikan:
iv) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
v) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
vi) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas :
Membantu Pegawai Penyelidik Gred Q3 dalam perancangan projek penyelidikan, pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod maklumat dan menganalisis data-data projek serta penyediaan peralatan projek penyelidikan.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my . Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 24 Julai 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong