Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UPM Januari 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM) ambilan januari 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai :

1. Penolong Pegawai Veterinar Gred G29

Tarikh tutup permohonan pada 12 januari 2022
Lokasi penempatan : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UPM Januari 2022

1. Jawatan : Penolong Pegawai Veterinar

Kementerian/Jabatan/ : Universiti Putra Malaysia
Badan Berkanun /Kuasa Tempatan
Klasifikasi Perkhidmatan : Pertanian (G)
Jenis Skim Perkhidmatan : Pelaksana
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan Diploma
Gred : G29

2. Jadual Gaji : 
Sijil Veterinar: RM1,494.00
Diploma: RM1,923.06

3. Syarat lantikan : 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun

c. pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G29:

Kelayakan masuk sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya:
Gaji Permulaan: Gred G29: RM1,494.00

ATAU

Kelayakan Masuk: atau diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Gaji Permulaan: Gred G29: RM1923.06

DAN

Syarat Lantikan Tambahan: Kepujian dalam Bahasa Melayu

DAN

Bidang Kelayakan Akademik: Sains Veterinar

4. Taraf Jawatan : Kontrak

5. Syarat Peningkatan Secara Lantikan : Berumur kurang dari 56 tahun pada Tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun;

atau

Berumur kurang dari 58 tahun pada Tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

6. Ringkasan Tugas : Umum

Bertanggungjawab melaksanakan tugas- tugas dalam membantu Pegawai Veterinar sewaktu menjalankan rawatan kepada pesakit (Haiwan Kesayangan iaitu anjing dan kucing) Khusus Akan ditetapkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas.

CARA MEMOHON:

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 02) yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah. Sila hantarkan borang yang telah lengkap beserta sijil/dokumen yang berkaitan ke alamat:

Pejabat Am Dekan
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang SELANGOR


TARIKH TUTUP: Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di atas tidak lewat 12 Januari 2022.

PERHATIAN:

(i) Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima tidak akan dilayan.

(ii) Hanya calon yang berjaya dalam proses saringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

(iii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan boleh menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong